Secara jujurnya, kau memang menyusahkan aku dan orang lain. Sorry. Tapi memang betul. Kau fikir kau punya gembira hidup je. Orang lain semua kau tak ambil kisah. Termasuklah mak ayah kau. Kalau kau cakap, kau tak boleh hidup tanpa dia. Habis sebelum kau jumpa dengan dia kau still hidup kan. Sepatutnya kau cakap macamtu dekat mak ayah kau. Tanpa dorang kau takkan bernyawa langsung. Kadang-kadang bila fikir balik, baru aku perasan statement kau amat bodoh. Macam orang yang tak berpelajaran. Sedangkan, kau boleh berjaya kalau tak terlibat dengan benda-benda yang boleh merosakkan pemikiran kau ni. Sampai berfikiran macam orang gila. Kelakuan lagi lah tak payah cakap. Dah macam manusia takde akal langsung. Dah jadi bodoh, tak tahu mana boleh, mana tak boleh. Pendek kata pemikiran kau singkat kerana terlalu memikirkan masa hadapan. Sehingga terlupa apa yang harus kau buat sebelum kau sampai ke masa hadapan itu. Jangan cuba berlagak berfikiran dewasa sedangkan pemikiran kita lagi cetek daripada budak umur 5 tahun. Apa-apa pun, buat benda yang direstu.