Friday, December 10, 2010
Jyeaaahh.
Sedang menikmati betapa enaknya chocolate Blackforest. Oh, sambil diperhatikan oleh Bruno Mars yang sedang menyanyikan lagu ''Just The Way You Are'' kepada aku. Tetapi, terasa kurang gembiranya kerana aku sedang memikirkan tentang Orlando Bloom yang handsome. Sambil memikirkan tentangnya aku juga sempat berangan-angan tentang Nicholas Jerry Jonas a.k.a Nick Jonas yang betubuh sasa tu. Dalam pada itu, aku amat merindui Sterling Knight yang supercool tu. Di samping itu, aku teringin sangat hendak berjumpa dengan Lee Min Ho yang berada jauh di Korea sana. Tidak lupa juga kepada Kim Hyun Joong yang dah lama aku tergila-gilakan tu. Cakap pasal gila, ada sorang ni yang boleh buat aku jadi gila. Orang tu adalah Kim Heechul beliau adalah salah seorang anggota kumpulan Super Junior. Oh, tiba-tiba aku tersedar, apa yang aku merepekkan ini? Walaubagaimanapun, semua nama yang tertera di atas amatlah saya minati :D Jangan ambil hati ya, tiada niat untuk merampas mereka daripada siapa-siapa. Belajar lah kongsi-kongsi. Okay dah Aina, boleh stop dah ni.
Thank you so much :D -Aina Balqis