Malangnya deliver lambaaaat so makan pun dalam keadaan suam-suam kuku.
Suddenly buku-buku text aku semua macam menghilangkan diri dan ada juga secara tiba-tiba membiak. Hmm, sebagai contoh buku science. Selama ni aku mati-mati ingat buku dia satu je. Rupanya telah selamat melahirkan anaknya. Jadi buku science sebenarnya ada dua. Hihi terpaksa lah keluar duit akibat buku sivik aku hilang tah pergi mana. Balik kampung ke agaknya.
Jadi apa yang menarik perhatian aku hari ni adalaaaah, aku malas nak gosok baju. Seriously like super malas. sekarang mood rasa cam nak tidur pukul 3 pagi je. Bajet dah habis sekolah hiho.
Khamis aku ponteng. Peduli apa kan. Haaa jadi now pun dah pukul 11.30 so beta mahu menikmati tidur yang indah. Mimpikan saya ya :D Hahaha goodnight !